Friday, September 11, 2015

PENGENALAN

Perkhidmatan membina jadual waktu ini ditawarkan bagi memudahkan pihak sekolah dan guru jadual waktu terutama bagi sekolah-sekolah swasta yang mempunyai pelbagai sesi persekolah berbeza mengikut tahap dan waktu rehat yang lebih daripada sekali sehari.

Perkhidmatan ini juga tidak sekadar menyediakan jadual waktu guru dan kelas, ia juga menyediakan pelbagai dokumen berkaitan dengan jadual waktu seperti borang relief dan sebagainya.

Anda juga akan mendapat potongan 50% daripada harga asal untuk perkhidmatan pada sesi yang berikutnya (kecuali jika berlaku rombakan besar-besaran pada data maklumat jadual asal seperti nama sekolah, rombakan masa persekolahan dsb).


Berikut adalah ciri-ciri jadual yang disediakan:



  1. Menyediakan jadual persendirian Guru, Kelas dan Bilik Khas.
  2. Menyediakan jadual keseluruhan bagi Guru dan Kelas.
  3. Jadual yang disediakan berbentuk landscape (kecuali diminta sebaliknya) yang kemas.
  4. Pihak sekolah masih boleh membuat pengubahsuaian pada jadual secara manual kerana jadual dalam format MS Word juga dibekalkan.
  5. Boleh menerima sekolah pelbagai sesi dan rehat pelbagai sesi.
  6. Boleh 'Block' waktu tertentu bagi guru tertentu (pengetua, GPK, Guru Disiplin).



Bukan itu sahaja, anda juga 



  1. boleh mendapatkan data asal (jika semua fail telah hilang dalam simpanan anda) tanpa sebarang kos selama setahun.
  2. boleh meminta jadual waktu dibina semula tanpa sebarang kos dalam tempoh 2 minggu pertama.



Berikut adalah contoh jadual waktu kelas dan guru (klik pada gambar untuk besarkan):



Contoh Jadual Waktu Kelas 


Contoh Jadual Waktu Guru